Quantcast
Channel: Monster Glider
Viewing all articles
Browse latest Browse all 352

Dating... Skuter

$
0
0
Hujan lebat sungguh masa hantar JJ ker kindie tadi. Walau sebelah umah jer...mengah jugak ah dukung budak ni sambil pegang payung (sambil perang sebab dia kalut nak pegangkan payung). Boleh jer sebenarnya buh dia dalam stroller serkup ngan cover tu kan.. tapi... malas.

Last Friday Papa JJ off, first time ever we got to spend a day berdua-duaan tanpa kehadiran orang ketiga muahahhaa. Yups, selepas 2 tahun lebih, akhirnya! So we went out dating la apa lagi. Jalan-jalan pegang tangan macam orang baru bercinta ngeh ngeh. Tinjau-tinjau market window shopping... pastu makan-makan. Syok nya syok nya macam orang tak der anak, namun... namun.. sepanjang masa sepanjang jalan "Jelita" melekat di mulut both us. Makan walaupun enjoy licin pinggan tapi hati dan minda duk ingat kat JJ jer. Come on, first time I keluar bersantai without her, ok.

Masa jenguk-jenguk kedai kami ternampak kasut dan mainan longgok. Yer kami beli jer barang longgok, takder duit buat cara takder duit ;) So ternampak boots ni cantik, rembat. Harga pun murah, and nampak pulak minah scooter pakai batteri pun rembat jugak (untuk mengubat rasa bersalah dating dengan papa dia).





See... semua orang happy (^.^) yayy!!!!

*JJ takut bila scooter gerak, siap nangis2 la bila scooter tu menuju ke arah dia. 
**Boots, scooter mainan plus batteries = 11 euro.  I rasa makcik kedai tu silap kira la sebab by right boots tu jer dah harga 8 euro. I pun dah sampai rumah baru perasan. Tapi makcik tu pun satu... sibuk kelentong jual batteri kat kami, kan sendiri rugi. Errrr kalau u guys, patah balik ke kedai tu tak? 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 352