Quantcast
Channel: Monster Glider
Viewing all articles
Browse latest Browse all 352

Kakatrinken

$
0
0
Semalam... si Jijah tetiba bangun dari tidur dalam mamai merengek nak "kaka trinken". I offer la botol minuman dia... taknak. Still merengek "kaka trinken..." So I suruh pergi toilet, kaka (berak). Dia pun seret kaki keluar sambil nangis-nangis. 

Hanya kedengaran tangisan dia. Lampu tak buka pun (dia memang jarang buka lampu kalau takat pi toilet, she doesn't mind dark). 

Lama...... then I tanya "dah ker?" I nak pi cuci. So pergi la I ke toilet jenguk.. buka lampu, eh takder? 

Pergi kitchen sebelah, kat situ dia rupanya. Still menangis "kakatrinken" tapi I cepat-cepat cek seluar kot-kot dia terberak dalam seluar, yer la dalam mamai2 tu maybe dia tertukar toilet ngan kitchen kan (belum pernah berlaku setakat ni, in fact dia tak pernah berak dalam seluar lagi la...touchwood). Ok clear. Takder sebarang kemalangan dalam seluar. Dah tu menangis dalam gelap kat dapur kenapa? 

Baru la dia tunjuk kat Plum Juice tepi tingkap... I hari tu bagi dia minum dengan pesanan "nah, minum lah jus ini anakku, suapya anda dapat berak dengan lancar." Dia register it as "Jus Berak" aka "Kakatrinken" rupanya. 

Gelak guling-guling I, oh tak... gelak ketar-ketar sejuk (^.^) Haishhh drama tetengah malam. 

Suka hati jer kan letak nama jus sembarangan. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 352