Rambut pacak dah pelan2 jatuh sebab berat.... makin panjang kan.
Maaf la tips untuk rambut lebat pada baby tak dapat kami nak share sebab ai memang tak tau, kuar2 jer memang rambut dah lebat dan panjang, si Jijah dulu pun sama. I think... pemakanan yang sihat ada menyumbang ke arah ini jugak dan.... keturunan. Keturunan berbulu muahahaha.
Ayway... Tipah ni dah 4 bulan lebih umurnya, setakat ni masih belum pandai meniarap sendiri... tak macam kakak Jijah dia dulu awal 3 bulan dah terus lintang pukang meniarap merata. Tipah ni I tengok... dia macam tak kesah... macam meniarap tu takder kepentingan pada dia... and dia jenis suka perhati.. dia peratiiiii jer Jelita joget2 depan dia, dia peratiiiii jer I bebel sorang2... dia tak kalut. Menurun I ni dia ni... we are cool like that u know (° °,)
Selain itu, dia suka kayuh kaki. Amboiii dia nyer kayuh punya laju.. lama pulak tu sampai bopoloh menitik kat dahi. Kalau I baring kayuh macam dia harus six pack tersembul-sembul. And bila I pegang tangan dia kira sampai dua terus angkat kepala bersungguhnya... pastu bila dah angkat duduk kan, kaki dia terus keras nak berdiri, even that day perang ngan doktor suruh dia duduk, tapi dia dah terpacak berdiri.
Macam-macam anak-anak ni kan.