Quantcast
Channel: Monster Glider
Viewing all articles
Browse latest Browse all 352

Pengalaman Bersalin yang Pertama

$
0
0
Dalam duk menunggu hari yang tak pasti ni kan, mula la terimbau2 kenangan hampir 3 tahun lepas masa bersalinkan yang pertama... pengalaman yang setiap ibu takkan dapat lupa... kan.

I ngandungkan budak Jelita ni pun tanpa sebarang masalah, semua smooth takder alahan apa semua kecuali satu waktu di bulan ke-4 kalau tak silap turun darah sikit, tu pun pasal baru balik dari Europe then terus lenjan drive balik KB ada hal yang "oh so sweet" then lari balik KL, memang ligat la tak duk diam langsung ke sana ke mari, tapi semua pun terkawal bergegas ke spital doktor cek semua ok.

But then, start dari tu jugak my kaki dah mula swollen and tak surut2 sampai la selamat beranak. This time takder pulak my kaki bengkak, apapun Alhamdulillah. Peknenkan si Jelita dulu pun I banyak berseorangan diri sebab percintaan antara benua masa tu huhuhu. So jumpa pun beberapa bulan sekali jer.

Anyway, sebulan dua sebelum due date tu tok laki balik Malaysia lagi untuk teman. Giler tak balik.. cer buat tengok kalau nak mak rimau jadi gajah naik minyak. Masa tu I selalu cramp tang betis... memang masalah sejak azali pun (and lucky again this time tak banyak kejadian sebegini berlaku). Ada satu malam tu I kejutkan si suami ni sebab kaki dah kejang takleh gerak minta dia tolong tarik jer.. sekali dia melompat pakai baju cari kunci kereta dalam mamai nyer, I yang tengah kesakitan masa tu memang kejung perut gelak. Apa nyer kamu ni kalut sangat, it was just my betis only.... panik tak bertempat tau papa JJ ni.

And.. few days before due date tu pulak, I dah rasa sakit-sakit satu badan especially tang pinggul duk kembang kuncup.. walau baru lepas jumpa doctor the next day pi jugak lagi cakap I memang tak tahan.. sakit sangat dah.. nak beranak dah ni. Bila doctor cakap rilek... belum lagi... I tak leh terima. I paksa dia buat adminttance letter for me sebab I sakit sangat-sangat nak beranak dah ha... I lagi pandai dari doctor kan. So doctor pun buat la surat tapi minta I balik umah dulu, katanya belum lagi, tapi datang la spital balik bila-bila masa I nak, kata beliau.

Balik umah.. memang tak leh duduk dediam dah. Ulang-alik ke toilet duk rasa nak berak tak nak berak. Alaaaa imagine kalau sembelit atau cirit birit pun dah tak senang duduk kan, inikan nak kuar sorang budak. Heishhh lagu mano ni, tanda tanya sepanjang masa... macam... now ker, ini ker... in fact few weeks before tu I dah prepare duduk tidur atas towel bungkus plastik sebab my fren pesan suruh beringat anytime pecah ketuban.. biasa la... pestimer memang lagu tu, cuak. hehehehe.

So... mundar-mandir siap tidur dalam toilet dengan rokok memang tak putus kat tangan (yer... saya adalah seorang perokok tegar sebelum ini, time pregnant pun tak benti tapi this time Alhamdulillah, semenjak awal kehamilan saya dah quit dan masih bertahan hingga sekarang dan harapnya sampai bila-bila selepas ini Insya Allah). Masa tu seksanya rasa nak tunggu ke pagi, ada jugak terlintas di fikiran "macam ni rasanya mereka yang dikejar vampire, nak tunggu sang mentari keluar punya la lama..." baru ko tau rasa dia kan hahaha. Then once masuk Subuh walau belum date patut due I dah tak pedulik, bersiap and nekad ke hospital. Memang sunyi jer la waktu tu dan berzaman pulak nak kena tunggu daftar masuk walau depa dah siap2 bagi I kerusi roda, wei aku nak beranak la... ingat aku nak ke jenjalan lagi melawat seluruh hospital? Cepat beranakkan aku!!!


*Dah panajng sangat la pulak karangan, bersambung nextime boleh? Uols nantikan yer kalau nak tau citer I campak gas mask dalam labor room hehehe. Ni my MiL duk buat Pita Burek dibantu Jelita ni ha, macam tak relevan jer I duk ngadap laptop time ni kan, at least tak tolong dia buat pun... kurang2 menyibuk.... kasi berbunga sikit hati orang tua tu, yer dak.

*Tadi check up semua ok, doctor suggested we wait and see jer la. And my berat pun dah sama dengan masa beranakkan Jelita dulu, 62.+kgs muahaha. Berat biasa I before pregnant was 43kg... hmmmm.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 352