Sebulan kami tinggalkan rumah masa balik ke Malaysia hari tu kan, hampir kesemua pokok-pokokan kami mati kecuali Bonsai, sedih ok especially pokok pisang kesayangan tu... mana nak cari lagi.
Bersungut2 la I nak pokok baru untuk kesegaran umah, so balik kerja Jumaat lepas papa JJ angkut dua pasu ni.
Wait... JJ shows u.
Tadaaa!!! Jelita flaaaawer.
Heeeee senyum puas... punya dia cop hakmilik sampai nangis2 bila kami usik cakap itu mama or papa punya.
See...cantik tak Jelita flaaawer (dia yang snap picture ni)
Serius comel kan ros ni, cenonet jer tak puas I belek lebat daunnya dan banyak putik menunggu mekar walau dalam pasu sekecil tapak tangan Jelita.
Ni mama flaaaawer. Tak tau la apa nama dia tapi I suka, macam senang jer nak jaga and according to NASA kononnya this plant is good for in house ventilation... kononnya.
Korang letak pokok apa dalam umah? Pokok balak? Kayo ler tewww. Ni duk cari2 pokok aloe vera jugak untuk hiasan dan kegunaan diri, I myself tak suka pokok plastik.